Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dilaksanakan pada pertengahan November, ada kemungkinan banjir besar berlaku kerana angin monsun timur laut aktif ketika itu.<br /><br />Jelas Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, risiko untuk berlaku hujan lebat berterusan dan banjir besar berskala besar pada tempoh itu adalah tinggi.
